Thursday, October 13, 2011

Lawa Daging Salai





assalamu'alaikum uols,


ini hari saya hendak share satu resipi masakan orang zaman purba (menurut sumber lah)..masakan ini diberi nama Lawa Daging Salai - tak tau lah apekah maksud "lawa" kerana tidak sempat pula saya interview orang yang cipta resipi ini...huhu..ok lah mari kita lihat apa bahan yang anda perlukan :



daging lembu (disalai, kemudian hiris nipis - kalau malas rebus dulu sampai empuk, kemudian masukkan dalam oven kasi garing kulit luarnya..hehe) sebiji lemon (perah jusnya)




1/2 biji santan kelapa



2 serai diketuk, 2 ulas bawang merah bombay (saiz sederhana) dan 6 biji cili





baiklah, mari kita mulakan...




ok, mula mula, choppedkan bawang dan cili tadi, blender pun boley tapi saya suka nak gigit bawang tu so tak mau blend sampai hancur



*iklan - pastikan suis rice cooker anda di butang COOK -  kalau tidak nanti lauk sudah siap nasi baru nak masak...bwahahaha!!




ok..kesemua bahan tadi satukan dalam kuali yang diisi sedikit air (kecuali santan) - masak hingga sedikit menggelegak then barulah tuangkan santan




kacaukan daging tadi ya - pastikan santan tidak bertukar/pecah minyak. agak2 dah hangat sikit, bubuh garam dan kemudian siap lah lawa daging ni tadi. sekian



  enak dimakan dengan nasi panas :)

Sunday, October 9, 2011

Indian Butter Chicken






assalamu'alaikum uols,


waiseh lama rasanya saya tak bersiaran langsung..hehe..bukan apa kamera saya masih lagi dalam proses membaikpulih maka oleh kerana hanya ada kamera henpon malas betul nak ambik gambar sebab gambar asyik "gempa" (bergoyang)..tapi tak apa lah...ini hari mahu juga share satu resipi yang saya perolehi dari majalah Thursday (Times Of Oman) iaitu Indian Chicken Butter. sebenarnya, resipi ni dah lama saya cari memandangkan Hamzah, anak paling bungsu amat suka makan ayam masak butter stail ni yang saya biasa beli di Lulu Hypermarket, tapi setelah 2-3 percubaan (resipi google) namun belum ada yang menyamai rasa ayam yang dijual di market tersebut, well to be honest ni adalah percubaan ke 4 dan alhamdulillah, yang kali ni barulah menepati piawai standard keluarga saya..bwahahahha..!! ok tanpa membuang masa mari kita semak bahan yang anda perlukan :



7 biji cili hijau, dipotong 2, sebiji tomato, potong dadu, butter


1kg ayam (saya guna thighs), 2 peket tomato puree



1 tin kecil cream


2 sudu makan fenugreek leaves (daun halba - boleh cari di kedai rempah)


dan 2 sudu makan rempah tandoori (juga boleh cari di kedai rempah)

dan yang tiada dalam gambar - jus lemon (2 sudu makan)

ok, untuk seterusnya, saya tak bubuh gambar sebab lupa..hehe..tapi cukup senang nak sediakannya. mula2, ayam tadi dipotong sedang, kemudian setelah dibersihkan, gaulkan dengan daun halba, rempah tandori, tomato puree, perahan lemon dan sedikit garam. perap untuk selama sejam (atau lebih).

1. dalam kuali yang panas (api sederhana kecil) - tuang butter, kemudian masukkan cili hijau yang telah dihiris tadi. 
2. selepas itu, tuangkan ayam tadi dan kacau sehingga 3/4 masak. 
3. selepas itu, tuangkan tomato dan juga cream dan kemudian bkacau/biarkan sehingga masak (kacau untuk elakkan kuahnya melekat pada kuali - sebab tu disarankan pakai api kecil, biar ayam duduk lama sikit dan kuah tidak melekat pada buntut kuali). dah siap pun...hehe..senang kan? 


4. untuk hiasan bolehlah taburkan daun parsley/daun bawang dan ayam ini sedap dimakan bersama roti naan, roti canai, bread kosong ataupun nasi panas. selamat mencuba :)


dan juga sesuai dimakan bersama roti jala :)






Monday, October 3, 2011

Easy Home Made Chicken Nugget






assalamu'alaikum uols,


ini hari saya mahu share satu cara mudah untuk menyediakan chicken nugget - oleh kerana di Oman harga sepeket chicken nugget mencecah 2 rial ++ jadi adalah lebih afdal buat sendiri kerana boleh buat lagi banyak. well,menurut sumber, resipi ni adalah resipi nenek orang puteh yang saya dapat dari sini, bukan resipi nenek saya ye...huhuh..so mari kita lihat apa bahan yang diperlukan untuk membuat nugget ini :



anda memerlukan 2 boneless chicken breast (dihiris dadu/chunk), 2 biji telur , 1/2 cawan tepung biasa, sedikit garam, sedikit lada hitam, *sedikit basil dan *sedikit parsley (ini optional ya). tiada dalam gambar ialah breadcrumb


mula mula, blenderkan isi ayam - blend kasar sahaja, tak perlu hancur


kemudian, campurkan sedikit garam, basil, parsley dan lada hitam ke dalam isi ayam tadi dan gaulkan hingga sebati seperti gambar di atas


taburkan sikit tpeung di tapak tangan. ambil sedikit isi ayam tadi, uli hingga jadi bebola seperti dalam gambar (nak buat shape pun boley ikut ke kreatifan korang la)


selepas siap, penyekkan bebola ayam tadi, celupkan ke dalam telur yang sudah dipukul




dan kemudian celupkan ke dalam breadcrumb


kemudian gorengkan dalam minyak sederhana, dengan api sederhana


balikkan setelah beberapa minit (nuget bertukar warna ke-emasan)


dan siap! sedap dimakan begitu sahaja, atau cicah sos, atau cicah dalam kopi luwak (bagi orang kaya)...ha ha ha...selamat mencuba :)








Saturday, October 1, 2011

Sweet & Salty No Bake Nutella & Pretzel Cookies






assalamu'alaikum kengkawan,


terlebih dahulu sebelum apa apa, nak mohon maaf skit pasal gambar dalam entry sepanjang minggu ini mungkin gambarnya kureng best sikit kerana charger kamera saya dah rosak dan lom jumpa charger gantian nya..so nak tak nak pakai je la kamera henpon..huhuhu..ok .untuk ini hari saya nak kongsi satu resipi biskut mudah yang boley siap dalam masa beberapa minit sahaja dan inshaAllah akan menjadi kegemaran anak anak :)




anda memerlukan sesudu teh vanilla essence, 1/4 cawan peanut butter, 1/4 cawan nutella



2 sudu makan butter, 1/2 cawan susu, 1 1/2 sudu makan cocoa powder, 2 cawan vanilla sugar (gula biasa pun boleh)


2 cawan pretzel(masin) - crushed dan 1 cup instant oat (saya pakai muesli)


ok, mula mula hancurkan pretzel secara kasar


letakkan dalam mixing bowl bersama oat/muesli, peanut butter dan nutella serta essen vanilla seperti gambar di atas. ketepikan.


sementara itu, gaulkan susu, gula, butter dan cocoa powder dan panaskan menggunakan api yang kecil selama kurang lebih seminit (pastikan semua cair dan sebati)



kemudian..biarkan adunan tersebut sejuk sebentar. tuangkan ke dalam mixing bowl dan gaulkan secepat mungkin 
#NOTA KAKI: saya cairkan satu bar (220gram) coklat masakan dalam microwave dan campurkan sedikit olive oil , kemudian masukkan sekali ke dalam adunan ini untuk menjadikan cookies tersebut mudah dikeraskan

kemudian bolehlah tuangkan ke dalam papercup kecil atau just tuangkan atas wax paper gunakan sudu. letak dalam peti sejuk sebentar untuk mengeraskan cookies. siap! :)